SAYA MUNGKIN RUGI 290 ORDER BERSAMAAN RM10,400 
KALAU SAYA KEDEKUT RM242.33 UNTUK BUAT SHOPEE ADS 



Assalamualaikum & Salam sejahtera,


Nama saya Ismail Arsad.




October  2019 saya anjurkan kelas Shopee saya yang pertama, FAST TRACK SHOPEE. 

Ianya telah disertai lebih dari 3000 peserta dan dan Alhamdulilah ramai dari mereka yang apply secara konsisten berjaya bina bisnes mereka di Shopee. 


Ada yang dari 0 dah start berniaga di Shopee.

Ada yang dari part time berjaya jual secara Full Time

Ada yang tak pernah hasilkan income langsung secara online berjaya dapat income 4 angka sebulan. Pendapatan tau bukan sales 








Saya bukan sifu, bukan pakar, saya cuma share apa yang saya buat, tapi mereka semua berjaya capai apa yang mereka dapat adalah dari izin Allah dan atas usaha mereka sendiri. Lepas belajar terus apply dan konsisten buat. 


Tapi, sebagai seorang manusia, saya juga tidak terkecuali dengan satu sifat. Iaitu TAMAK dan NAK LEBIH. 

Tapi sifat tamak dan nak lebih ni versi positif dimana dalam konteks ni adalah dari segi jualan. 

Ramai yang nak gandakan jualan mereka di Shopee, atas faktor komitmen makin bertambah, saingan makin tinggi.

Jadi, dari sales 4 angka, mestilah kita nak naikkan ke 5 angka 6 angka kan?


Jadi bila mereka tanya saya bagaimana saya sendiri dari hanya dropship produk orang sampai boleh ada ready stok, dari office yang sekadar sewa ruangan pejabat, Alhamdulillah sudah 2 kali pindah ke pejabat sendiri yang lebih besar dan buka satu lagi pejabat yang diuruskan oleh Isteri saya dan 100% menjual di Shopee sahaja




saya bagitahu mereka, ada bayak faktor, tapi salah satu faktor adalah jangan kedekut buat pemasaran.


Jadi, dalam Shopee, antara tools pemasaran yang saya nampak sangat-sangat membantu, berdasarkan pengalaman saya adalah Shopee Ads.


Ya, pengiklanan di Shopee berbayar.




 Melalui Shopee Ads, dengan kos yang kecil, jualan saya bertambah hampir 2-3 kali ganda. Anda patut cuba buat juga. 


Jangan kedekut. Kamon.. Mekdi Kepci yang orang memang kenal tu pun hari-hari masih lagi buat iklan berbayar, jadi sampai bila kita masih mengharapkan organic trafik yanng masuk secara percuma tapi harapkan pulangan yang berganda-ganda.


Saingan di Shopee makin tinggi. Jadi perlu lah invest lebih sikit, tapi tak merugikan. 


Terus terang cakap, nak buat Shopee Ads ni TAK SUSAH, tak macam FESBUK IG GOOGLE ADS, nak kena setting itu ini, kalau tengok butang-butang dia pun tak banyak benda nak kena tekan dan setting, tak sampai 5 minit dan boleh jalan 1 iklan. TAPI..




TAPI... ramai yang rugi buat Ads sebab mereka tak faham cara yang betul buat Shopee Ads. Nak buat Shopee Ads ni bukan sekadar pilih produk apa nak iklankan, masukkan keyword, set budget, dan jalan. 


Ada faktor-faktor lain lagi yang anda perlu buat sebelum nak jalankan satu iklan supaya iklan anda tadi tak rugi dan beri pulangan yang menguntungkan. 


Cara baca data pun penting, sebab ramai orang ingat mereka untung, tapi sebenarnya rugi. 


Sebab tu banyak kali saya pesan pada student saya, kalau tengok orang dok tunjuk result Ads mereka, kos puluh-puluh tapi sales ribu-ribu.. 


JANGAN TENGOK PADA NILAI SALES TU ! Tu sales, belum tentu untung. Kalau lah boleh jual rumah dengan Shopee, tak mustahil ada orang boleh kos Ads ratus tapi sales Juta. 


Tapi biasalah, ramai yang termakan gula-gula bila tengok nilai SALES yang tinggi. Itu memang daya penarik.




Macam dalam web ini juga, pada awal tadi mungkin anda tertarik sebab tengok jumlah sales kan, tapi sekarang rasa nak tepuk dahi sendiri. 


Okay, tak apa, jom kita buat Shopee Ads dengan cara yang betul. 


Jadi, izinkan hari ni saya nak sharekan dengan anda supaya lepas ni anda tak terpotong kaki terlebih gula,  anda tak takut-takut nak invest ke Shopee Ads untuk dapatkan jualan berganda di Shopee InsyaAllah.  Tanpa sebarang gula-gula





Beberapa bulan lepas saya telah anjurkan kelas online Shopee Ads yang saya namakan




FUNNEL TUNNEL SHOPEE ADS. ( Kelas FTSAds )


Bunyik macam kelakar kan, amende funnel tunnel turtle tenuk semua ni? 




KENAPA FUNNEL DAN TUNNEL


Dalam kelas ni saya tunjukan anda Funnel atau corong jualan yang betul, apa yang patut anda buat sebelum nak buat satu-satu iklan supaya risiko iklan anda tu rugi rendah.


Ya ramai buat ads, dah lah rugi, rugi banyak pula tu. 


Dalam konsep funnel ni, macam mana kita nak buat orang lebih tertarik dengan iklan kita.






Tunnel pula apa? Tau terowong? Biasa gelap kan.


Jadi mari kita sama-sama jalan dalm terowong Shopee Ads ni, saya berikan sedikit lampu ( guideline ) dan dalam masa sama kita cari jalan hujung yang lebih cerah dan bersinar.


Perghh, penuh metafora.. dalam bahasa mudah, saya guide anda dari awal, dan sampaikan kita boleh optimzekan iklan anda.




Ya buat iklan ni buka sekadar, set dan tinggal. 


Tu yang ramai rugi atau sales tak naik-naik tu. Ada masa kita nak optimize juga untuk dapatkan hasil yang lebih menguntungkan.


Okay dah kurang rasa kelakar kan nama kelas ni.  


APA YANG TELAH DIAJAR DALAM KELAS NI?


Ada 5 modul utama yang mereka peserta lalui.


1 - PEMILIHAN PRODUK


saya tunjukkan produk anda mana yang sesuai untuk anda run ads nanti. Supaya anda tak syok sendiri bila nak run nanti. Kita pilih produk yang kita perlu utamakan dulu. bukan main rasa produk ni okay ke tak.


Ada 5 modul utama yang anda bakal lalui.


1 - PEMILIHAN PRODUK


saya akan tunjukkan produk anda mana yang sesuai untuk anda run ads nanti. Supaya anda tak syok sendiri bila nak run nanti. Kita pilih produk yang kita perlu utamakan dulu. bukan main rasa produk ni okay ke tak.


2 - PEMULIHAN PRODUK ( OPTIMIZE LISTING )


Walaupun Shopee tidak melatik saya selaku Penasihat Pemulihan Produk bertaraf menteri, dan memang tak ada pun jawatan tu, tapi dalam modul ni saya akan tunjukkan pada anda, macam mana kita nak tambah baik listing produk kita supaya bila orang tengok je iklan kita, senang mereka nak masuk dan beli. 

Bukan sekadar masuk lepas tu, tak buat apa-apa. Tu yang rugi ke iklan tu.

Dalam masa sama jualan secara organic juga boleh bertambah baik.




3 - PEMILIHAN KEYWORDS


Dalam modul ni kita bukan sekadar tengok apa keyword nak pakai tapi kita akan buat tapisan juga adakah keyword tersebut sesuai atau tak untuk produk kita. Sebab kita perlu bersaing, jadi perlu tahu juga padang mana kita senang untuk menang. Dan cara untuk menang.


4 - SETTING SHOPEE ADS


Kan dah cakap, nak setting Shopee Ads tak susah, tapi saya perlu tunjuk lah juga cara yang betul. Dan kalau ikutkan modul untuk setting Ads ni hanyalah 10-15% sahaja dari keseluruhan kelas, selebihnya ada benda-benda lain yang lagi penting kita akan belajar. 


5 - OPTIMIZE SHOPEE ADS


Ingat balik terowong dekat atas.  kalau tak ingat baca semula.



Hasil optimize, kos sama, income dan order makin naik


Dan ada beberapa benda lagi yang kita akan sama-sama  discuss dalam ni nanti termasuk tips dan trick. KIta akan belajar dari benda basic. 

Ya, mungkin ada benda basic, tapi ramai orang tinggal








BAGAIMANA KELAS INI TELAH DI DIJALANKAN?


Kelas ni dijalankan secara ONLINE DALAM GROUP TELEGRAM.


Kelas akan berlangsung selama 2 minggu. Setiap sesi kelas akan ada TASK yang perlu dibuat.


Tetapi kelas ini telah ditutup.








MALANGNYA....  KELAS NI DAH TUTUP.



Ya... kelas ni telah pun ditutup.. dah habis pun mereka yang join kelas jalani kelas mereka..dah selesai 5 batch, tetapi atas kekangan masa yang bakal mendatang, saya belum bercadang untuk buka next batch walaupun ada yang minta untuk join next batch atau tak sempat join batch lepas


TAPI BERITA BAIK


Saya telah compile semua modul dalam kelas ni jadikan versi rakaman dan panduan. Supaya student sebelum ni pun boleh study balik apa yaang mereka belajar sepanjang kelas.


Modul ni memang dari A-Z, sama seperti dalam kelas. 


Cuma bezanya dalam kelas mereka diberikan task, tetapi untuk modul ni, bagi siapa yang tonton nanti, anda hanya perlu follow apa task mereka dan buat sendiri. Ianya umpama satu latihan untuk anda juga. 


Dan disebabkan kelas pun dah tamat, tapi masih ramai yang minta untuk dapatkan modul ni, suka untuk saya keluarkan dalam bentuk panduan rakaman ni.





TAPI SEBELUM TU, APA YANG  DIPERLUKAN KALAU NAK FOLLOW  PANDUAN NI ?


1 – Dah ada produk di Shopee


Ye, kelas ni bukan ajar nak berniaga dekat Shopee dah, dan tak ada ajar setup shopee pun, ni kira dah level sekolah menengah dah, jadi anda perlu ada produk. Tak kisahlah ready stok ke, pre order ke, dropship ke, berdasarkan pengalaman saya, barang pre order yang saya jual lagi mahal dari orang lain pun saya run ads, dan membuahkan hasil. 


2 – Ada Laptop.


Ha, nak buat Shopee ads, tak boleh melalui handphone, dan 100% kelas ni bakal guna laptop / PC. Sebab anda banyak benda saya nak tunjuk pada anda yang memang anda kena guna laptop / PC. Jadi kalau anda tak ada laptop/ PC maaf kelas ni tak sesuai. 





3- Ada DUIT.


Pergh... kena ada standby duit ke?

Ya.. ada... satu, duit iklan. Dah nama pun nak buat iklan berbayar kan, jadi kena lah ada duit untuk run iklan. 

Saya kena bagitau awal-awal, sebab tak nak anda rasa terkejut, atau buat-buat tak faham. 

Shopee Ads perlu kos berbayar untuk buat iklan.

Untuk panduan ni saya minta anda STANDBY RM300 


kedua , duit yuran akses rakaman kelas ni.

Ya, rakaman kelas ni bukan percuma. 

 

Berapa yuran.. nanti saya bagitahu.






SIAPA YANG  SESUAI APPLY MODUL  NI ?










SIAPA YANG  TAK SESUAI APPLY  MODUL NI ?


1 – mereka yang TAK ADA MASA 


Kalau anda jenis memang tak ada masa langsung, tak boleh nak spend sehari at least 1 jam untuk fokus pada bisnes sebab dalam kelas ni nanti ada benda anda perlu buat bukan setting ads sahaja, tapi ada benda-benda lain anda perlu adjust pada produk anda nanti. 



2 – mereka yang nak KAYA atau DAPAT DUIT BANYAK CEPAT.


Buat iklan dekat Shopee ni bukan hari ni buat esok sales terus mencanak, terus kaya. Tak. Ada peringkat yang anda perlu lalui. 


Dalam kelas ni juga saya akan betulkan mindset anda bila buat iklan supaya anda JELAS dengan matlamat bila buat Shopee Ads nanti.



3 – Sekadar nk join, nak tahu ilmu, atau nak korek rahsia.


Saya tak kisah anda memang dah mahir shopee ke, memang dah buat ratusan ribu sales dekat shopee ke, semua yang join saya akan anggap semua zero, sebab saya akan layan semua dari basic, sebab ada yang join memang dari zero pasal Ads, tak tahu mende bak kata orang ganu. Jadi, saya kena adil buat kelas untuk semua.


Jadi, kalau anda memang dah power, dah ada ilmu, join sekadar nak dapat ilmu extra tapi tak nak buat, saya   sarankan jangan join, bagi lah can ke orang lain..


Dan apa yang saya ajar mungkin ada yang sama mungkin juga  berlainan dengan apa yang anda pernah belajar dengan guru-guru lain sebelum ni. Sebab nak buat shopee Ads ni kalau bab setting tu semua lebih kurang sama je, cuma carapenyampaian dan strategi mungkin berbeza.


Suka hati saya lah, kelas saya, jadi kenalah ikut cara ajaran saya. Kah Kah.





PANDUAN NI SAMA KE DENGAN PANDUAN SHOPEE LAIN?

 

Mungkin boleh jadi sama boleh jadi lain, sebab ada banyak kan kelas Shopee sekarang, saya pun tak join semua. 
Tapi kalau anda kata untuk kelas step by step cara nak berniaga di Shopee, ni bukan kelasnya, sebab ni kita dah masuk level advance sikit, dan nak buat Ads


Tapi kalau kelas berkenaan Shopee Ads, mungkin ada beberapa benda yang sedikit lain dari kelas-kelas yang anda pernah join, sebab ada sesetengah tools yang tak ada ditempat lain diberikan dalam kelas ni. Wahh










OKAY SEKARANG BERAPA HARGA  PANDUAN FUNNEL TUNNEL SHOPEE ADS NI ?


Kalau ikutkan saya sendiri dah habis ribuan ringgit. Dan jika yang tahu dan pernah hadir kelas saya sebelum ini, mereka tahu, biasanya kelas saya harga ratusan ringgit.


Saya juga pernah buat survey, ada yang setuju untuk hadir jika saya kenakan RM300-RM500 jika saya buat kelas untuk modul ni.


Saya straight to the point je lah... 


Terus terang cakap, ilmu Shopee Ads ni pun ada yang saya explore secara percuma, ada yang berbayar, join program macam-macam sampai kelas coaching beberapa jam yang yuran harga mencecah RM3,000, beli tools yang mencecah RM10,000 secara keseluruhan.





Jadi ilmu-ilmu dan pengalaman ( bukan sekadar pengalaman, tapi beserta hasil ) ini semua saya gabungkan dan buat modul cara saya. 


Dan dekat luar sana pun saya tengok ada je yang caj kelas Shopee Ads capai cecah ribuan ringgit.  Kadang-kadang siap ada upsell lagi. Tapi kelas ni tak ada sebarang upsell ye. 






Jadi, okay tak kita buat sama-sama selama dua minggu ni dan anda cuma perlu bayar yuran komitmen sebanyak tu.


Mungkin anda rasa ianya terlalu tinggi, sebab nak kena standby modal iklan lagi nanti kan..


Okay baca balik atas... saya cakap apa tadi... anda perlu STANDBY RM300 kan...


Jadi macam ni lah, memandangkan ini adalah versi rakaman, kalau yang join kelas sebelum ni yuran kelas mereka ada yang mencecah RM300

Tapi untuk versi rakaman ni saya cuma letakkan pada harga RM120, jadi lagi RM180 anda boleh guna utk kos buat iklan nanti.

Okay tak RM300 RM120?


YA.. CUMA RM120 


TAPI AKSES ADALAH TERHAD


TEMPAHAN KINI DIBUKA 



 Nanti dulu..apa kata kalau saya bagi lagi offer pada anda,


WANG YURAN AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA ANDA TAK DAPAT SEBARANG HASIL


dalam tempoh  3 bulan lepas anda dah apply modul ni..


anda juga akan diberikan group support selama 3 bulan supaya dalam masa 3 bulan ni anda boleh apply, ada yg tak clear boleh terus tanya part mana yg tak clear.


Ya, panduan ini tidak menjanjikan bulan bintang planet jutawan nelayan dan juga petani, gaya hidup kini dah berubah, berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya, tapi InsyaAllah saya cuba guide anda dari segi nak buat Ads ni sampai anda jumpa rentak..

Sebab tu boleh berikan jaminan ni.
 

TETAPI BERSYARAT.

SYARATNYA.. anda DAH BUAT SEMUA YANG SAYA AJAR, dan DAH BUAT SEMUA TASK yang saya berikan.. DAH FOLLOW semua tips...

Jika dalam tempoh tu masih tak berhasil, 100% wang dikembalikan.





OKAY SETUJU ?

Jika setuju, isikan borang pendaftaran dibawah.

Tempahan telah DIBUKA dan TERHAD.



 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Rakaman Kelas Online Funnel Tunnel Shopee Ads
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN

Disclaimer: TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. Magix.onpay.my is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners. Terms & Conditions: All orders will be delivered fed during the registration within 24 hours after payment verification. Privacy Policy: We use Google AdWords Remarketing, Facebook Ads Remarketing & TikTok Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. All Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. This cookie does not in anyway identify you or give access to your computer. The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page.” Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Ads Remarketing, you can opt out by visiting Ads Preferences Manager.