MAAF TELAH DITUTUP


"... 50-100 ORDER SEHARI DI SHOPEE, DENGAN HANYA MENJUAL PRODUK ORANG LAIN ... "




"... 1000 ORDER DI SHOPEE, TANPA BUAT SEBARANG SHOPEE ADS... "




Assalamualaikum & Salam sejahtera,




Nama saya Ismail Arsad.

Selain dari pengasas bersama BantuMula, saya juga mempunyai perniagaan sendiri sama ada produk digital mahupun fizikal

Antara salah satu darinya saya berniaga di marketplace Shopee.


Siapa yang kenal saya pasti tahu bagaimana obsesnya saya pada satu-satu platform jika saya dah benar-benar masuk berniaga dalam tu. Dari zaman facebook, bermacam-macam software dan tools beli. Kemudian masuk zaman Instagram, bermacam-macam teknik dan tools juga saya beli, sampai pernah ajar ribuan pelajar bagaimana gunakan platform Instagram untuk berbisnes. Alhamdulillah, ramai dah berjaya.. lepas tu saya stop mengajar Instagram.. Fokus pada bisnes sendiri sekejap..


Sejak dari 2 tahun lepas, saya mula explore tentang Shopee pula. Rupanya-rupanya seronok juga berniaga dekat Shopee ni. Tak hairan bila ada yang kata boleh buat untung 4-5 angka senang dekat Shopee. Jadi, dalam masa sama saya beli bermacam-macam  tools, software, untuk mantapkan lagi bisnes saya dekat Shopee. Beribu juga habis. Tapi tak apa, sebab dengan semua tu, banyak benda saya dapat lakukan dengan lebih cepat, dan jimat masa. 


Dalam masa sama lihat banyak panduan dan kelas yang ajar shopee, tapi ada sebahagian yang jumpa saya kata mereka mahu belajar shopee tetapi masalah utama mereka TAK ADA PRODUK NAK JUAL .  Dah join macam-macam dropship, tapi produk masih susah jual sebab kadang-kadang produk tu tak ada permintaan mana pun.


Jadi, 2 bulan lepas, saya anjurkan satu kelas telegram yang telah di sertai oleh hampir 200 peserta dimana dalam tu saya ajar..


   BAGAIMANA NAK MULAKAN  MENJUAL PRODUK DI SHOPEE dengan MENJUAL PRODUK YANG TINGGI PERMINTAAN , URUSKAN DENGAN LEBIH CEPAT DAN BERSISTEM dan BERKEMBANG DENGAN LEBIH CEPAT dan PALING BEST TANPA ANDA PERLU ADA PRODUK PUN... YA! JUAL PRODUK ORANG LAIN JE.







  AMARAN : MODUL NI TAK SEKSI.. 

Saya tak mahu tanam gula-gula dengan tunjuk result sales ribu riban.. 

Sebab modul ni KHUSUS bagi yang BARU NAK MULAKAN BISNES DI SHOPEE...


Kalau anda memang dah lama berniaga di Shopee, dan mahu SALES LEBAT , anda mungkin perlu pilih kelas-kelas lain yang mana testimoni mereka tunjukkan sales 4, 5 atau 6 angka... SALES.. Bukan untung tau.. :) 


Tapi, kalau anda baru nak bermula, anda mungkin boleh jadi sebahagian seperti mereka...






 

Ini antara RESULT mereka yang join kelas tersebut..


Kelas tersebut telah berlangsung selama sebulan lebih.. tapi ada juga yang nak join kelas tapi tak ada masa nak join selama sebulan.. Jadi, atas sebab tu, saya ambil keputusan untuk jadikan contect modul kelas ni dalam bentuk video panduan..


Izinkan saya memperkenalkan





 

PANDUAN FAST TRACK SHOPEE!! 


Panduan ni 100% saya hasilkan berdasarkan PENGALAMAN saya sendiri sepanjang berbisnes Di Shopee.

.



ini pula merupakan RESULT mereka yang DAH APPLY apa yang disampaikan dan diajar dalam modul panduan ( bukan kelas )






PANDUAN INI  SESUAI  UNTUK:


#  Anda yang nak berniaga di Shopee tapi tak tahu nak jual apa.

#   Anda yang dah jual produk di Shopee tapi masih tak laku-laku atau gagal.

#   Anda yang tak gemar layan wasap, close sales dengan customer. Shopee ni syok sebab order masuk automatik

#   Anda yang kurang modal nak beli stok barang , sebab saya akan ajar cara game PRE ORDER / DROPSHIP.

#   Anda yang SERIUS nak berniaga di Shopee dan jadikan pendapatan di Shopee full time income .

#   Anda yang dah pernah buat macam-macam bisnes online lain tapi masih gagal.

Anda yang  dah lama berniaga di Shopee TAPI masih tak dapat rentak yang betul..







DAN PANDUAN INI TAK SESUAI  UNTUK:


#  Anda yang dah berniaga di Shopee, ada produk sendiri, jual produk sendiri dan mahukan lebatkan jualan produk anda di Shopee SEBAB modul dalam ni memang 100% ajar untuk orang yang baru atau boleh start from zero sahaja . Panduan ni umpama macam satu blueprint, siapa nak follow kena follow start dari awal, guna strategi dan modus operandi yang sama. Ini saya terus terang cakap.. 


Jadi, kalau anda kata, nak dapatkan panduan ni, tapi untung tingkatkan sales sedia ada anda di Shopee.. maaf, ini TAK SESUAI UNTUK ANDA


KECUALI... JIKA anda sedia untuk tukar produk dan terima hakikat yang MUNGKIN produk yang anda jual sekarang tu MEMANG TAK ADA PERMINTAAN DIRECT DI SHOPEE 


ATAU...


KECUALI.. MEMANG  anda ada PROBLEM.. susah betul nak buat jualan, tak jumpa cara yang betul... 40% dari kandungan video dalam panduan ni SESUAI sebab 40% memang ajar bab marketing... 









PANDUAN NI  SAMA KE DENGAN  PANDUAN-PANDUAN SEDIA ADA?


Anda mungkin dah tengok banyak iklan berkenaan panduan Shopee sebelum-sebelum ni kan..


Saya juga sama, jadi, sebelum saya keluarkan modul ni, saya dah lihat panduan-panduan lain untuk pastikan panduan ni TAK SAMA dengan apa yang dah sedia ada.. YE LAH .. kalau sama, RUGI LAH anda beli sebab semua lebih kurang sama kan...


JADI..  InsyaAllah, setakat ini, apa yg diajar dalam panduan ni memang lain dari panduan-panduan sedia ada KECUALI bab basic shopee tu lah.. sebab tu benda basic kan..

Benda basic korang tak yah beli panduan dah boleh buat, pergi web shopee baca guide dia pun cukup lengkap..

Jadi bab benda2 umum dan basic memang semua sama je, pergi lah kelas, coaching mana2.. contoh cara daftar akauan shopee, tak de plak saya jumpa yang ajar boleh daftar pakai niat je... semua benda basic sama..


Cuma STRATEGI, FLOW dan PENGGUNA SOFTWARE / TOOLS dalam modul ni, setakat ni tak ada lagi panduan lain yg saya terjumpa yang sama...


Tools yang di gunakan pun ada join kelas ni lah 1st time jumpa, dan TERSANGAT BEST...

Dalam panduan ni pun ada ajar benda sama  
















APA YANG BAKAL DIAJAR DALAM PANDUAN NI ?


# SISTEM GAME PRE ORDER / DROPSHIP DI SHOPEE

Saya akan terangkan dengan lebih jelas, macam mana game pre order / dropship dekat shopee ni,

macam mana cara nak kira supaya anda tak rugi, macam mana nak pusing modal dengan lebih cepat.

Dan apa hala tuju anda, sampai bila nak berdropship / pre order.


#  BASIC ( ASAS )  SHOPEE

Bagi yang baru nak start, jangan risau, sebab untuk kelas kali ni, memang saya anggap ramai yang zero, jadi untuk modul permulaan, saya ajar bagaimana nak setup akaun store shopee, apa perlu buat,

Walaupun ni benda basic, tapi ada ramai yang ter skip atau ada juga yang 1st nk buat kan.. jadi, saya ada ajar juga :) 



#  CARA RESEARCH DAN PILIH PRODUK

Dah siap ada store, saya akan tunjukkan bagaimana cara saya pilih produk, produk apa yang saya jual ( dekat sini bongkar secret saya, sebab anda akan tahu apa saya jual,nak copy jual produk sama pun tak de hal ) , tak nak sama pun boleh.


Dekat ini part paling PENTING! Sebab kita nak jual PRODUK YANG TERBUKTI ADA PERMINTAAN je kan




#  CARA DAPATKAN PRODUK DAN SUPPLIER ( TEMPATAN )

Dah tahu produk apa nak jual, kita start cari supplier, pembekal, kita cari lokal dulu, sebab kita nak dapat hasil cepat kan. Jadi, mula-mula tak apa, mahal sikit dulu, nanti dah berkembang sikit ( ada formula dia ), baru kita cari di China nak borong ke...


#  EXTRACT, IMPORT DAN EXPORT DATA PANTAS 

Extract tu maksud dia lebih kurang mcm ni, kita nak dapatkan data produk dan masukkan dalam Shopee dengan cara yang pantas. Tak perlu nak masukkan satu-satu ikut step dalam shopee. Kita ada jalan SHORT CUT terus.

Ada yang jual software extract ni hampir RM400, tapi saya tunjuk CARA PERCUMA ... mahu?


#  TOOLS YANG DI GUNAKAN 

YA, ini lah tools yang saya maksudkan, saya dah habiskan RIBUAN RINGGIT sebab beli software itu ini pasal Shopee sahaja, sampailah saya jumpa yang betul-betul terbaik dan stabil ( buat masa ni saya guna ), ada yang FREE dan ada yang BERBAYAR tp tak mahal mana.

Ada yang digunakan untuk extract produk, auto boost produk,  naikkan follewers, manage akaun shopee.. dan lain-lain..




 

#  TEKNIK MASUKKAN PRODUK DALAM SHOPEE

Nak masukkan produk, bukan main masuk je, ada beberapa tips dan trick dia, baru lah orang senang jumpa produk kita kan. Ni ada ramai orang tak buat. Sebab main masuk je.


#  KEMBANGKAN BISNES DI SHOPEE 

Macam mana nak lagi laju, sebab tu kita namakan ni fast track, sebab kita nak pecut lagi laju dari orang yang baru bukak Shopee, silap-silap boleh potong orang yang dah berbulan buka Shopee. Dan masa bila yang sesuai untuk kita pecut ni. Jangan awal-awal pecut, takut nanti pancit awal. Kena ambik stamina dulu kan.


#  TRAFIK

Beberapa cara dapatkan trafik di shopee, tarik dari luar shopee supaya masuk ke store anda dan bagaimana Shopee boleh iklankan produk anda SECARA PERCUMA. Nyummmm


#  MULTISTORE MANAGEMENT

Ada yang tanya saya, berapa store shopee saya ada, jawapan, saya ada lebih dari 10 store personal ( tak termasuk syarikat ), macam mana saya urus dan jaga, apa stategi saya guna, dalam kelas saya terang dan tunjukkan ye J

 


#  EXTRA TIPS BERKAITAN

Dalam ni juga saya akan share extra-extra tips berkaitan... yang mana dapat bantu anda nak lancarkan lagi perjalanan bisnes anda di Shopee nanti.. 





APA KATA MEREKA  YANG DAH JOIN KELAS NI SEBELUM NI  ?


* modul panduan ni sama 90% dengan modul dalam kelas yang telah dijalankan..












TAPI SEBELUM TU, APA YANG  DIPERLUKAN KALAU NAK FOLLOW  PANDUAN NI ?


1 – Kena ada laptop / PC .


TERUS TERANG SAYA CAKAP AWAL-AWAL Handphone bukan tak boleh, tapi nanti anda akan TERLEPAS BANYAK benda. Sebab ada beberapa benda termasuk tools yang digunakan perlu guna laptop, jadi, kalau guna HP sangat susah nak follow panduan ni. Jadi, kalau ak ada tu, kalau rasa nak apply juga panduan ni, pinjam lah sesapa punya kejap.. 


2- Standby MODAL.


Pergh... kena ada standby duit ke?

Ya.. ada... satu, duit standby modal. Kena faham satu benda, dalam Shopee, walaupun buat pre order / dropship tapi Shopee akan hold duit kita dulu sampai barang sampai ke pelanggan, jadi nak tak nak kita kena dulukan dulu duit kita dahulu untuk belikan barang terlebih dahulu.

Berapa anggaran STANDBY MODAL ni? Saya dulu start dengan RM250 je, lepas tu rolling dari situ je. Jadi anggaran anda boleh standby dalam RM150-RM300.

Dua, duit extra untuk tools.

Seperti yang dinyatakan, saya bakal tunjuk beberapa tools, ada yg free, ada yang berbayar, tapi TAK WAJIB GUNA. Dan jika anda nak gunakan bukan masa awal-awal. Saya ajar masa bila sesuai guna. Yang ni sebenarnya tak perlu standby pun tak apa, sebab boleh pusing dari duit modal awal tu je, ada untung baru upgrade guna tools.

Tiga, duit yuran panduan ni.

Berapa yuran.. nanti saya bagitahu.


Ops...  lupa nak bagi tahu..  panduan ni bukan dalam bentuk DVD/CD ( cover je mcm tu ),  anda akan dapat  akses melalui secret group di Facebook , saya akan berikan video-video dalam tu nanti..



 




SIAPA YANG  TAK SESUAI JOIN  KELAS NI ?



1 – mereka yang TAK ADA MASA 


Kalau anda jenis memang tak ada masa langsung, tak boleh nak spend sehari at least 1 jam untuk fokus pada bisnes, atau pada nak setup shopee ni, baik jangan beli panduan ni..sebab ada benda-benda yang anda perlu spend sedikit masa  terutama nak research produk.. sebab tu paling penting, kita nak jual produk yang betul-betul ada demand kan...


2 – mereka yang nak KAYA atau DAPAT DUIT BANYAK CEPAT.


Betul, nama je fast track, tapi bukan bermaksud hari ni anda buat, esok boleh terus kaya, even saya sendiri pun tak kaya mana, kalau dah kaya, dah lama saya beli syarikat Shopee. Dan dalam kelas ni diajar secara berperingkat, tetapi InsyaAllah jika anda betul follow dalam tempoh sebulan ni, anda boleh buat jualan lebih cepat berbanding orang lain. 


3 – Sekadar nk join, nak tahu ilmu, atau nak korek rahsia.


Saya tak kisah anda memang dah mahir shopee ke, memang dah buat ratusan ribu sales dekat shopee ke, semua yang join saya akan anggap semua zero, sebab saya akan layan semua dari basic, sebab ada yang join memang dari zero, tak tahu mende bak kata orang ganu. Jadi, saya kena adil buat kelas untuk semua.


Jadi, kalau anda memang dah power, dah ada ilmu, join sekadar nak dapat ilmu extra tapi tak nak buat, saya   sarankan jangan join, bagi lah can ke orang lain..













BERAPA HARGA  PANDUAN NI ?


Kalau ikutkan saya sendiri dah habis ribuan ringgit. Dan jika yang tahu dan pernah hadir kelas saya sebelum ini, mereka tahu, biasanya kelas saya harga ratusan ringgit.


Saya juga pernah buat survey, ada yang setuju untuk hadir jika saya kenakan RM300-RM500 jika saya buat kelas untuk modul ni.


Jadi, straight to the point, tak de nak cerita panjang.. sebab semakin lambat anda dapatkan panduan ni, harga akan semakin naik..





 harga cuma RM297

RM97 ( tamat )

RM120 (tamat )

RM130 (tamat )


 RM197  sahaja  


Ya cuma RM197 sahaja.. 


TETAPI PANDUAN NI HANYA DIBUKA JUALAN SEHINGGA JAM 4 PETANG INI SAHAJA


MAAF TELAH DITUTUP...












OKAY SETUJU NAK BUAT TEMPAHAN SEKARANG? ISIKAN BORANG TEMPAHAN DI BAWAH

SEBELUM DITUTUP


MAAF TELAH DITUTUP...