NAK MULA NIAGA DI SHOPEE TAPI TAK ADA IDEA, TAK ADA PRODUK NAK JUAL, MANA NAK CARI SUPPLIER, TAK TAHU NAK START, TAK ADA MASA BANYAK, STUDENT ATAU BEKERJA?
"... 1000 ORDER DI SHOPEE, TANPA BUAT SEBARANG SHOPEE ADS... "
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Nama saya Ismail Arsad.
Ini merupakan tahun ke 4 saya team mula berniaga di Shopee. Dah macam-macam perkara dan pengalaman saya lalui sepanjang 4 tahun ni berniaga di Shopee. Secara jujurnya saya boleh katakan yang Shopee ni antara platform marketplace yang paling senang dari segi nak guna dan nak buat bisnes. Tak hairan bila ada yang kata boleh buat untung 4-5 angka senang dekat Shopee. Dan walaupun dah hampir 7 tahun Shopee berada di Malaysia, saya boleh lihat ianya masih lagi releven untuk anda jadikan salah satu platfom mulakan bisnes anda secara online mahupun untuk tambah pendapatan
Dalam masa sama lihat banyak panduan dan kelas yang ajar shopee. Anda pun mungkin pernah nampak benda sama. Kebetulan saya juga terlibat dalam bidang traning ni hampir 9 tahun, jadi ada sebahagian yang saya jumpa mereka kata mahu belajar shopee tetapi masalah utama mereka TAK ADA PRODUK NAK JUAL . Dah join macam-macam dropship, tapi produk masih susah jual sebab kadang-kadang produk tu tak ada permintaan mana pun. Kebanyakkan pembekal cakap barang tu hot, rupanya tak. Tu belum lagi yang TAK TAHU NAK JUAL APA dan TAK RETI LANGSUNG NAK MULA.
Jadi, October 2019 sehingga October 2020 , saya mula anjurkan satu kelas telegram berkaitan Shopee yang kini telah di sertai oleh hampir 1700 peserta dimana dalam tu saya ajar..
BAGAIMANA NAK MULAKAN MENJUAL PRODUK DI SHOPEE dengan MENJUAL PRODUK YANG TINGGI PERMINTAAN , URUSKAN DENGAN LEBIH CEPAT DAN BERSISTEM dan BERKEMBANG DENGAN LEBIH CEPAT dan PALING BEST TANPA ANDA PERLU ADA PRODUK PUN... YA! JUAL PRODUK ORANG LAIN JE.
AMARAN : MODUL NI TAK SEKSI..
Saya tak mahu tanam gula-gula dengan tunjuk result sales ribu riban..
Sebab modul ni KHUSUS bagi yang BARU NAK MULAKAN BISNES DI SHOPEE...
Kalau anda memang dah lama berniaga di Shopee, dan mahu SALES LEBAT , anda mungkin perlu pilih kelas-kelas lain yang mana testimoni mereka tunjukkan sales 4, 5 atau 6 angka... SALES.. Bukan untung tau.. :)
Tapi, kalau anda baru nak bermula, anda mungkin boleh jadi sebahagian seperti mereka...
Ini antara RESULT mereka yang join kelas tersebut..
Kelas tersebut dinamakan sebagai
KELAS FAST TRACK SHOPEE !!
Modul Fast Track Shopee telah diperkenalkan hampir 2 tahun setengah.
Alhamdulilah. sepanjang 2 tahun setengah ni, ramai yang update pada saya keadaan semasa mereka.
Seronok saya lihat bila ramai yang berjaya hasilkan pendapatan sampingan mahupun jadikan sebagia pendapatan utama berniaga di Shopee ni.
Lagi seronok bila anda semua apply berterusan. Semoga sentiasa bermanfaat
Sedia maklum, sepanjang 2 tahun setengah ni, banyak benda telah berubah, dari segi trend, tools, shopee interface.
Tapi masih ramai yang tanya saya, masih releven ke Teknik Fast Track Shopee ni? Dah 2 tahun tu.
Sebenarnya kami sendiri pun masih lagi buat benda sama, jadi untuk mengatakan ianya releven, ya masih releven. Masih blh buat income di Shopee walaupun jual barang orang lain siap mahal dari orang lain lagi tu.
Jadi lepas setahun saya dah tak buat kelas ni, InsyAllah tahun ni saya bercadang untuk come back dan buat satu kelas lagi yang dinamakan sebagai
FAST TRACK SHOPEE
NEW CHAPTER
MODUL DALAM INI SESUAI UNTUK:
# Anda yang nak berniaga di Shopee tapi tak tahu nak jual apa.
# Anda yang nak berniaga di Shopee tapi tak berapa nak ada masa, sibuk kerja atau belajar.
# Anda yang tak gemar layan wasap, close sales dengan customer. Shopee ni syok sebab order masuk automatik
# Anda yang kurang modal nak beli stok barang , sebab saya akan ajar cara game PRE ORDER / DROPSHIP.
# Anda yang SERIUS nak berniaga di Shopee dan jadikan pendapatan di Shopee full time income .
# Anda yang dah pernah buat macam-macam bisnes online lain tapi masih gagal.
TAPI MODUL INI TAK SESUAI UNTUK:
# Anda yang dah berniaga di Shopee, ada produk sendiri, jual produk sendiri dan mahukan lebatkan jualan produk anda di Shopee SEBAB modul dalam ni memang 100% ajar untuk orang yang baru atau boleh start from zero sahaja . Modul dalam kelas ni umpama macam satu blueprint, siapa nak follow kena follow start dari awal, guna strategi dan modus operandi yang sama. Ini saya terus terang cakap..
Jadi, kalau anda kata, nak join kelas ni, tapi untuk tingkatkan sales sedia ada anda di Shopee.. maaf, ini TAK SESUAI UNTUK ANDA
MODUL NI SAMA KE DENGAN MODUL-MODUL SHOPEE SEDIA ADA?
Anda mungkin dah tengok banyak iklan berkenaan panduan, ebook, kelas Shopee sebelum-sebelum ni kan..
Saya juga sama, jadi, sebelum saya keluarkan modul ni, saya dah lihat panduan-panduan, ebook, kelas-kelas lain untuk pastikan kelas ni TAK SAMA dengan apa yang dah sedia ada.. YE LAH .. kalau sama, RUGI LAH anda beli sebab semua lebih kurang sama kan...
JADI.. InsyaAllah, setakat ini, apa yg diajar dalam kelas ni memang lain dari kelas-kelas sedia ada KECUALI bab basic shopee tu lah.. sebab tu benda basic kan..
Benda basic korang tak yah beli panduan dah boleh buat, pergi web shopee baca guide dia pun cukup lengkap..
Jadi bab benda2 umum dan basic memang semua sama je, pergi lah kelas, coaching mana2.. contoh cara daftar akauan shopee, tak de plak saya jumpa yang ajar boleh daftar pakai niat je... semua benda basic sama..
Cuma STRATEGI, FLOW dan PENGGUNA SOFTWARE / TOOLS dalam modul ni, setakat ni tak ada lagi panduan lain yg saya terjumpa yang sama...
Tools yang di gunakan pun ada join kelas ni lah 1st time jumpa, dan TERSANGAT BEST...
Dalam panduan ni pun ada ajar benda sama
APA YANG AKAN DIAJAR DALAM KELAS NI DAN APA KELAINAN DENGAN KELAS DULU ?
# SISTEM GAME PRE ORDER / DROPSHIP DI SHOPEE
Saya akan terangkan dengan lebih jelas, macam mana game pre order / dropship dekat shopee ni,
Macam mana cara nak kira supaya anda tak rugi, macam mana nak pusing modal dengan lebih cepat.
Dan apa hala tuju anda, sampai bila nak berdropship / pre order. Dan bagaimana saa dan team saya sendiri mampu urus sampai beratus parcel / order sehari walaupun tanpa ada produk sendiri pun.. ye, jual produk orang je
# BASIC ( ASAS ) SHOPEE
Bagi yang baru nak start, jangan risau, sebab untuk kelas kali ni, memang saya anggap ramai yang zero, jadi untuk modul permulaan, saya ajar bagaimana nak setup akaun store shopee, apa perlu buat,
Walaupun ni benda basic, tapi ada ramai yang ter skip atau ada juga yang 1st nk buat kan.. jadi, saya ada ajar juga :)
Saya siap sediakan check list lagi nanti apa yang patut dan penting untuk anda buat, sebelum nak berniaga di shopee. Ramai orang yang start nak berniaga di shopee, tapi terlepas part penting ni, samapi ke sudah tak ada sales atau order masuk. Atau rugi sebab ada benda salah setting.
# CARA RESEARCH DAN PILIH PRODUK ( TERKINI )
Dah siap ada store, saya akan tunjukkan bagaimana cara saya pilih produk, produk apa yang saya jual ( dekat sini bongkar secret saya, sebab anda akan tahu apa saya jual,nak copy jual produk sama pun tak de hal ) , tak nak sama pun boleh.
Cara research dan select produk kali ni sedikit berlainan dari dahulu, tanpa perlu jual banyak produk pun anda masih mampu buat jualan sekiranya produk yang dipilih tu adalah betul-betul tepat.
Dekat ini part paling PENTING! Sebab kita nak jual PRODUK YANG TERBUKTI ADA PERMINTAAN je kan
Bab research memang SANGAT PENTING dan lebih detail supaya anda boleh jual produk yang murah dengan harga mahal, dan bagaimana nak pilih produk yang betul-betul boleh buat duit dan betul-betul ada demand.
# CARA DAPATKAN PRODUK DAN SUPPLIER
Dah tahu produk apa nak jual, kita start cari supplier, pembekal, kita cari lokal dulu, sebab kita nak dapat hasil cepat kan. Jadi, mula-mula tak apa, mahal sikit dulu, nanti dah berkembang sikit ( ada formula dia ), baru kita cari di China nak borong ke...
# EXTRACT, IMPORT DAN EXPORT DATA PANTAS
Extract tu maksud dia lebih kurang mcm ni, kita nak dapatkan data produk dan masukkan dalam Shopee dengan cara yang pantas. Tak perlu nak masukkan satu-satu ikut step dalam shopee. Kita ada jalan SHORT CUT terus. Sebab tu nama dia SMART FAST TRACK.
Ada yang jual software extract ni hampir RM400-500, tapi saya tunjuk CARA PERCUMA ... mahu?
# TOOLS YANG DI GUNAKAN ( TERKINI )
YA, ini lah tools yang saya maksudkan, saya dah habiskan RIBUAN RINGGIT sebab beli software itu ini pasal Shopee sahaja, sampailah saya jumpa yang betul-betul terbaik dan stabil ( buat masa ni saya guna ), ada yang FREE dan ada yang BERBAYAR tp tak mahal mana.
Ada yang digunakan untuk extract produk, auto boost produk, naikkan follewers, manage akaun shopee.. dan lain-lain..
sedikit kelainan dalam kelas ni nanti, tools lama yang sebelum ni pakai kita dah tak pakai dan tukar dengan alternative baru yang lagi PAWERRR
# TEKNIK MASUKKAN / LISTING PRODUK DALAM SHOPEE ( TERKINI )
Nak masukkan produk, bukan main masuk je, ada beberapa tips dan trick dia, baru lah orang senang jumpa produk kita kan. Ni ada ramai orang tak buat. Sebab main masuk je.
Dan paling penting, dalam kelas kali ni, saya tunjukkan macam mana anda nak buat supaya produk anda walaupun mahal, tapi murah berbanding penjual lain di Shopee.
Cara listing kali ni BERBEZA dimana saya tunjukkan cara dan teknik listing yang dah kami lakukan yang hasilkan jualan 2-3 kali ganda dari sebelum ni. Ni belum pernah kami reveal di kelas -kelas lain
# KEMBANGKAN BISNES DI SHOPEE
Macam mana nak lagi laju, sebab tu kita namakan ni fast track, sebab kita nak pecut lagi laju dari orang yang baru bukak Shopee, silap-silap boleh potong orang yang dah berbulan buka Shopee. Dan masa bila yang sesuai untuk kita pecut ni. Jangan awal-awal pecut, takut nanti pancit awal. Kena ambik stamina dulu kan.
# TRAFIK ( TERKINI )
Beberapa cara dapatkan trafik di shopee dengan cara percuma dan berbayar ( SHOPEE ADS ).
Yup dalam kelas ni juga saya tunjukkan cara setting shopee ads cara simple supaya produk anda lebih dapat banyak trafik dan hasilkan jualan.
Nanti saya terang dalam kelas :)
# MARKETING ( TERKINI )
Sambil-sambil kita letak barang nanti, kita akan gunakan teknik-teknik marketing yang berkaitan untuk dapatkan lebih capaian dan insyaAllah JUALAN untuk produk anda.
Saya akan tunjukkan apakah marketing percuma yang anda boleh guna dan lakukan sepanjang anda berShopee nanti.
# EXTRA TIPS BERKAITAN
Dalam ni juga saya akan share extra-extra tips berkaitan... yang mana dapat bantu anda nak lancarkan lagi perjalanan bisnes anda di Shopee nanti..
Dan mungkin ada ada beberapa benda lain lagi yang saya akan cover dalam kelas ni nanti. Tunggu.
APA KATA MEREKA YANG DAH JOIN KELAS NI SEBELUM NI ?
DEKAT MANA KELAS INI AKAN DI ADAKAN DAN BILA?
Kelas ni akan dijalankan secara ONLINE di Telegram
Di telegram saya akan berikan modul, kita boleh discuss dan chat, nak tanya itu ini,
dan saya nak pantau serta bagi task.
Dan ada sesi LIVE juga yang akan saya maklumkan di mana masa dalam group kelas telegram nanti.
Kelas akan bermula pada 24 January 2022 selama lebih kurang 2 minggu. Ada 6 sesi kelas, 2 kali sesi live discussion.
TAPI SEBELUM TU, APA YANG DIPERLUKAN KALAU NAK FOLLOW KELAS ONLINE NI ?
1 – Kena ada laptop.
Handphone bukan tak boleh, tapi nanti anda akan TERLEPAS BANYAK benda. Sebab ada beberapa benda termasuk tools yang digunakan perlu guna laptop, jadi, kalau guna HP sangat susah nak follow kelas ni.
Jadi memang WAJIB kena ada laptop atau PC ye..
Serius banyak giler tools best dalam ni..
2 – Komitment MASA.
Kelas akan diadakan secara harian dalam tempoh 2 minggu, bukan hari-hari, tapi mungkin ada hari kita akan buat LIVE, ada hari kita akan menghadap Telegram, dan saya akan SELALU bagi TASK sepanjang 2 minggu ni. SUPAYA ANDA BUAT.
Saya tak akan bagi terus sekepuk semua modul, anda kena follow setiap hari, dan dari awal, baru boleh pergi ke step seterusnya. Tak siap task, tak boleh masuk kelas hari seterusnya. DAN TASK PERLU DISIAPKAN ON TIME YE :)
Sehari bagi lah masa dalam sejam ke sejam setengah. SETUJU?
3 - Komitment DUIT.
Pergh... kena ada standby duit ke?
Ya.. ada... satu, duit standby modal. Kena faham satu benda, dalam Shopee, walaupun buat dropship tapi Shopee akan hold duit kita dulu sampai barang sampai ke pelanggan, jadi nak tak nak kita kena dulukan dulu duit kita dahulu untuk belikan barang terlebih dahulu.
Berapa anggaran STANDBY MODAL ni? Saya dulu start dengan RM250 je, lepas tu rolling dari situ je. Jadi anggaran anda boleh standby dalam RM150-RM300.
Dua, duit extra untuk buat ads kalau nak.
Seperti yang dinyatakan, saya juga akan cover dan ajar berkaitan dengan Shopee Ads ( Iklan berbayar di Shopee ) tapi ni TAK WAJIB anda buat nanti. Kalau rasa nak extra dan dan buat boleh buat, tak ada, tak perlu buat. Biasanya untuk Shopee Ads ni saya starting dengan RM50 je.
Tiga, duit yuran penyertaan kelas ni.
Berapa yuran.. nanti saya bagitahu.
SIAPA YANG TAK SESUAI JOIN KELAS NI ?
1 – mereka yang TAK ADA MASA
Kalau anda jenis memang tak ada masa langsung, tak boleh nak spend sehari at least 1 jam untuk fokus pada bisnes, atau pada nak setup shopee ni, baik jangan join kelas ni..sebab ada benda-benda yang anda perlu spend sedikit masa terutama nak research produk.. sebab tu paling penting, kita nak jual produk yang betul-betul ada demand kan...
Dan kelas ni pun perlukan masa komitmend dari anda
2 – mereka yang nak KAYA atau DAPAT DUIT BANYAK CEPAT.
Betul, nama je fast track, tapi bukan bermaksud hari ni anda buat, esok boleh terus kaya, even saya sendiri pun tak kaya mana, kalau dah kaya, dah lama saya beli syarikat Shopee. Dan dalam kelas ni diajar secara berperingkat, tetapi InsyaAllah jika anda betul follow dalam tempoh sebulan ni, anda boleh buat jualan lebih cepat berbanding orang lain.
3 – Sekadar nk join, nak tahu ilmu, atau nak korek rahsia.
Saya tak kisah anda memang dah mahir shopee ke, memang dah buat ratusan ribu sales dekat shopee ke, semua yang join saya akan anggap semua zero, sebab saya akan layan semua dari basic, sebab ada yang join memang dari zero, tak tahu mende bak kata orang ganu. Jadi, saya kena adil buat kelas untuk semua.
Jadi, kalau anda memang dah power, dah ada ilmu, join sekadar nak dapat ilmu extra tapi tak nak buat, saya sarankan jangan join, bagi lah can ke orang lain..
TAPI SAYA KERJA / STUDENT SESUAI KE BUAT SHOPEE NI? TAKUT TAK ADA MASA NAK KENA PACKING POS BARANG NANTI ?
Jangan risau, sebab dalam modul kelas kali ni, saya tunjukkan juga cara SMART WAY dan SMART OUTSOURCING, yang mana anda cuma perlu jaga beberapa bahagian je, dan spend masa lebih kurang sejam-dua sehari pun kalau betul fokus dah memadai.
Fokus pada jaga dan buat benda yang lebih penting untuk dapat dan naikkan sales. Benda-benda lain saya tunjuk cara SMART ye.
SAYA TAKUT TAK ADA MASA NAK JOIN KELAS LIVE. BOLEH JOIN KE?
Okay gini... kelas bukan secara live, kita akan berkumpul dalam group telegram, dan ada peringkat kelas. Biasanya saya akan berikan video-video tunjuk ajar dalam group, anda tonton bila anda lapang, dan saya akan berikan masa tempoh 24-72 jam bergantung pada tahap susah / level kelas untuk anda siapkan task.
Tak siap atau lambat hantar task, anda tak dapat pergi ke level kelas seterusnya. Tapi jangan risau, ada masa kecuali anda memang malas giler nak buat task.. tu saya tak dapat tolong... maaf, untuk versi kelas saya memang akan strict.. kelas-kelas lepas pun sama, tak hantar atau lambat hantar, maaf, itu salah anda. Sebab saya berikan masa yang sangat cukup sebenarnya.
BILA KELAS NI BAKAL BERLANGSUNG?
Kita akan start pada 24 January 2022.
Untuk kelas ni, pendaftaran pada umum saya belum buka
Pendaftaran pada umum saya akan buka pada 21hb Januari ni
BERAPA YURAN PENDAFTARAN ?
Kalau ikutkan saya sendiri dah habis ribuan ringgit. Dan jika yang tahu dan pernah hadir kelas saya sebelum ini, mereka tahu, biasanya kelas saya harga ratusan ringgit.
Saya juga pernah buat survey, ada yang setuju untuk hadir jika saya kenakan RM500-RM1000 jika saya buat kelas untuk modul ni.
Dan jika diikutkan saya juga perlu berikan komitmen selama 2 MINGGU untuk bantu anda selama 2 MINGGU ni. Boleh je saya buat seperti produk-produk dahulu, buat dalam bentuk video rakaman, lepas tu jual keseluruhan modul. Tapi saya rasa TAK BEST macam tu sebab dalam ramai yang beli, berapa kerat je yang akan apply.
Salah satu sebab yang saya nampak, ramai yang lost atau tak ada orang PUSH mereka.
Jadi, kali ni saya ubah konsep, SAYA NAK YANG JOIN AT LEAST ADA RESULT.
Jadi, okay tak kita sama-sama selama 2 minggu ni dan anda cuma perlu bayar yuran komitmen sebanyak tu.
Mungkin anda rasa ianya terlalu tinggi, sebab nak kena standby modal lagi nanti kan..
Macam ni lah, sama macam batch lepas, yuran pendaftaran cuma RM300 RM150
YA.. CUMA RM150
" ada yang kata patut letak harga lagi tinggi.. sebab tak nak makin ramai tahu strategy ni... "
KEJAP KEJAP ! RASA MAHAL ?
Mungkin ada rasa, wow, tingginya RM150 tu..kelas lain ada je bawah RM100..
Okay, fine, anda boleh pergi kelas lain sebab kelas Fast Track Shopee New Chapter ni sangat SPECIAL..
KIta ada 7 kali kelas dalam group telegram, boleh discuss dan direct dibimbing oleh saya dan team saya sendiri dalam tu,
Ada 2 kali sesi LIVE Discussion, yang mana kalau ada benda nak tanya live, boleh tanya masa sesi tu..
Kelas ni bukan ajar Shopee basic je, tapi dari basic sampai advance, termasuk Shopee Ads ( sebelum ni saya pernah buat kelas Shopee Ads sahaja pada RM150 )
Tak cukup dengan tu...
Suka saya nak berikan 3 lagi EXTRA BONUS SPECIAL TOOLS dan SYSTEM FTS
1 - Tools Smart AutoFollow Targeted Shopee ( Bernilai RM197 )
Anda boleh dapatkan RIBUAN prospek di Shopee dengan cara yang mudah dan pantas dengan tools ni
2 - Tools Smart Keyword (Bernilai RM50 )
Mudahkan anda untuk buat nama produk dan description produk. Tak ada idea nak letak nama apa. Guna je tools ni.
3 - Teknik SMART outsourcing
Haa, yang ni yang saya, bg anda yg kekurang masa dari segi nak kena gi pejabat pos, pos barang packing barang.. saya sediakan siap-siap cara dan sistem untuk mudahkan kerja anda, anda buat order je, bg org lain yang tukang poskan. Amacam?
So, amacam
Dapat belajar Shopee, basic sampai Advance, dan tools dan system yang best.. anda cuma bayar RM150?
OH YEAH.. TAK SABAR NAK NAK JOIN KELAS NI.
Rilex, kelas kita akan start pada Isnin 24 Januari 2022 nanti.
Kita buka pendaftaran dulu. Tapi pendaftaran dibuka untuk 5 JAM SAHAJA
TAPI PENDAFTARAN ADALAH TERHAD
Pendaftaran dibuka pada :
JUMAAT 21 JANUARY 2022
JAM 11 PAGI - 4 PETANG
SELAMA 5 JAM SAHAJA
Ya cuma 5 jam sahaja pendaftaran dibuka, lepas tu terus tutup, minggu depan terus kelas
Untuk kelas secara online selama 2 minggu dan direct dipantau oleh saya dan team sendiri. Bukan sekadar beli panduan, lepas tu peram... Okay tak?
Ops, saya nak bagi 1 hadiah SPECIAL bagi yang daftar terpantas hari IJUmaat nanti.
Apa dia?
Ya, sebijik Thermal Printer BERNILAI RM299 bagi memudahkan kerja-kerja anda nak print AWB Shopee. Serius, thermal printer ni dah boleh kata benda macam hampir wajib kalau anda nak kerja pengeposan dan pembungkusan anda berjalan lancar. Saya sendiri DAH pakai 5 biji di Office.
Nak? boleh, jadi orang terpantas daftar.
Hanya 1 orang paling laju sahaja akan layak mendapat hadiah FAST ACTION ni :)
Nanti dulu..apa kata kalau saya bagi lagi offer pada anda,
WANG YURAN AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA ANDA TAK DAPAT SEBARANG HASIL
dalam tempoh 3 bulan lepas anda dah join program ni..
Ya, kelas ini tidak menjanjikan bulan bintang planet jutawan nelayan dan juga petani, gaya hidup kini dah berubah, berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya, tapi InsyaAllah saya cuba guide anda dari segi nak buat Ads ni sampai anda jumpa rentak..
Sebab tu boleh berikan jaminan ni.
TETAPI BERSYARAT.
SYARATNYA.. anda DAH BUAT SEMUA YANG SAYA AJAR, dan DAH BUAT SEMUA TASK yang saya berikan.. DAH FOLLOW semua tips...
Jika dalam tempoh tu masih tak berhasil, 100% wang dikembalikan.
OKAY SETUJU ?
Jika setuju, isikan borang pendaftaran dibawah.
Pendaftaran telah DIBUKA dan TERHAD.
PENDAFTARAN AKAN TUTUP JAM 4 PETANG NI
PENTING : Anda akan dibawa ke link group telegram sebaik sahaja pendaftaran anda di semak dan disahkan. Jadi pastikan anda ada Telegram
* AMARAN : KELAS NI AGAK KETAT PERATURAN, SEBAB SETIAP KALI KELAS ADA TASK YANG PERLU DIBUAT JIKA ANDA GAGAL SIAPKAN TASK, ANDA TIDAK DAPAT LANGKAH KE KELAS SETERUSNYA.. SEBAB SAYA NAK ANDA YANG JOIN NI BETUL-BETUL BUAT! NAK RESULT KAN? KENA BUAT LAH!!!
MAAF PENDAFTARAN TELAH DITUTUP !