NAK MULA NIAGA DI SHOPEE TAPI

TAK TAHU CARA NAK START?

TAK ADA IDEA?

TAK ADA PRODUK NAK JUAL?

TAK TAHU MANA NAK CARI SUPPLIER?



"... 25 HARI DI SHOPEE, DAH BUAT JUALAN RM8,708 WALAUPUN TAK ADA BARANG.. "



"...JUAL BARANG PRE-ORDER JE,  BOLEH JUALAN RM15,779 TANPA SIMPAN BARANG PUN.. "




Assalamualaikum & Salam sejahtera,




Nama saya Ismail Arsad.

Ini merupakan tahun ke 5 saya dan team mula berniaga di Shopee.  Dah macam-macam perkara dan pengalaman saya lalui sepanjang 5 tahun ni berniaga di Shopee. Secara jujurnya saya boleh katakan yang Shopee ni antara platform marketplace yang paling senang dari segi nak guna dan nak buat bisnes. Tak hairan bila ada yang kata boleh buat untung 4-5 angka senang dekat Shopee. Dan walaupun dah hampir 7 tahun Shopee berada di Malaysia, saya boleh lihat ianya masih lagi releven untuk anda jadikan salah satu platfom mulakan bisnes anda secara online mahupun untuk tambah pendapatan. Orang cakap dah slow tapi ramai je masih buat 4-5-6 angka sebulan dekat Shopee kalau tahu caranya.


Dalam masa sama lihat banyak panduan dan kelas yang ajar shopee. Anda pun mungkin pernah nampak benda sama. Kebetulan saya juga terlibat dalam bidang traning ni hampir 10 tahun, jadi ada sebahagian yang saya jumpa mereka kata mahu belajar shopee tetapi masalah utama mereka TAK ADA PRODUK NAK JUAL.  Dah join macam-macam dropship, tapi produk masih susah jual sebab kadang-kadang produk tu tak ada permintaan mana pun. Kebanyakkan pembekal cakap barang tu hot, rupanya tak. Tu belum lagi yang TAK TAHU NAK JUAL APA dan TAK RETI LANGSUNG NAK MULA.


Jadi, October 2019 sehingga Ogos 2022 , saya mula anjurkan satu kelas telegram berkaitan Shopee yang kini telah di sertai oleh hampir 4800 peserta dimana dalam tu saya ajar..


    BAGAIMANA NAK MULAKAN  MENJUAL PRODUK DI SHOPEE dengan  MENJUAL PRODUK YANG TINGGI PERMINTAAN , TERBUKTI  ADA ORANG NAK BELI dan PALING BEST  BOLEH BERMULA DENGAN MODAl YANG RENDAH ( tanpa modal pun boleh kalau kena gaya ) DAN TANPA ANDA PERLU ADA PRODUK PUN... YA! JUAL PRODUK ORANG LAIN JE.






   AMARAN : MODUL NI TAK SEKSI.. 

Saya tak mahu tanam gula-gula yang banyak dengan tunjuk result sales ribu riban.. 

Sebab modul ni  KHUSUS bagi yang BARU NAK MULAKAN BISNES DI SHOPEE...


Kalau anda memang dah lama berniaga di Shopee, dan mahu SALES LEBAT , anda mungkin perlu pilih kelas-kelas lain yang mana testimoni mereka tunjukkan sales 4, 5 atau 6 angka... SALES.. Bukan untung tau.. :) 


Tapi, kalau anda baru nak bermula, anda mungkin boleh jadi sebahagian seperti mereka...


    

Ini antara RESULT mereka yang join kelas tersebut..


Kelas tersebut dinamakan sebagai


KELAS FAST TRACK  SHOPEE  !! 







Modul Fast Track Shopee telah diperkenalkan hampir 4 tahun.


Alhamdulilah. sepanjang 4 tahun ni, ramai yang update pada saya keadaan semasa mereka. 


Seronok saya lihat bila ramai yang berjaya hasilkan pendapatan sampingan mahupun jadikan sebagai pendapatan utama berniaga di Shopee ni.


Lagi seronok bila anda semua apply berterusan. Semoga sentiasa bermanfaat







Sedia maklum, sepanjang 4 tahun ni, banyak benda telah berubah, dari segi trend, tools, shopee interface. 

Tapi masih ramai yang tanya saya, masih releven ke Teknik Fast Track Shopee ni? Dah 4 tahun tu.


Sebenarnya kami sendiri pun masih lagi buat benda sama,  jadi untuk mengatakan ianya releven, ya masih releven. Masih boleh buat income di Shopee walaupun jual barang orang lain siap mahal dari orang lain lagi tu.

Jadi lepas dah lama saya dah tak buat kelas ni, InsyAllah bulan depan ni saya bercadang untuk buat satu kelas lagi yang dinamakan sebagai


FAST TRACK SHOPEE 2023





MODUL DALAM INI  SESUAI  UNTUK:


#    Anda yang nak berniaga di Shopee tapi  tak tahu nak jual apa.

#    Anda yang nak berniaga di Shopee tapi  tak berapa nak ada masa, sibuk kerja atau belajar.

#       Anda yang  tak gemar layan wasap, close sales dengan customer.  Shopee ni syok sebab order masuk automatik

#       Anda yang  kurang modal nak beli stok barang , sebab saya akan ajar cara game PRE ORDER / DROPSHIP.

#       Anda yang  SERIUS nak berniaga di Shopee dan jadikan pendapatan di Shopee full time income .

#       Anda yang  dah pernah buat macam-macam bisnes online lain tapi masih gagal.





TAPI MODUL INI  TAK SESUAI  UNTUK: 


#    Anda yang dah berniaga di Shopee, ada produk sendiri, jual produk sendiri dan mahukan lebatkan jualan produk sedia ada anda di Shopee  SEBAB modul dalam ni memang 100% ajar untuk orang yang baru atau boleh start from zero sahaja  . Modul dalam kelas ni umpama macam satu blueprint, siapa nak follow kena follow start dari awal, guna strategi dan modus operandi yang sama. Ini saya terus terang cakap.. 


Jadi, kalau anda kata, nak join kelas  ni, tapi untuk tingkatkan sales sedia ada anda di Shopee.. maaf, ini TAK SESUAI UNTUK ANDA




MODUL NI  SAMA KE DENGAN  MODUL-MODUL SHOPEE SEDIA ADA?

DAN SAMA KE DENGAN KELAS SEBELUM NI?


Anda mungkin dah tengok banyak iklan berkenaan panduan, ebook, kelas Shopee sebelum-sebelum ni kan..


Saya juga sama, jadi, sebelum saya keluarkan modul ni, saya dah lihat panduan-panduan, ebook, kelas-kelas lain untuk pastikan kelas ni TAK SAMA dengan apa yang dah sedia ada.. YE LAH .. kalau sama, RUGI LAH anda beli sebab semua lebih kurang sama kan...




JADI..  InsyaAllah, setakat ini, apa yg diajar dalam kelas ni memang lain dari kelas-kelas sedia ada  KECUALI bab basic shopee tu lah.. sebab tu benda basic kan..

Benda basic korang tak yah beli panduan dah boleh buat, pergi web shopee baca guide dia pun cukup lengkap..

Jadi bab benda-benda umum dan basic memang semua sama je, pergi lah kelas, coaching mana2.. contoh cara daftar akauan shopee, tak de plak saya jumpa yang ajar boleh daftar pakai niat je... semua benda basic sama..


Cuma STRATEGI, FLOW dan PENGGUNA SOFTWARE / TOOLS dalam modul ni, setakat ni tak ada lagi panduan lain yg saya terjumpa yang sama...


Tools yang di gunakan pun ada join kelas ni lah 1st time jumpa, dan  TERSANGAT BEST...

Dalam panduan ni pun ada ajar benda sama  


Bagi yang dah pernah join kelas sebelum ni, ada beberapa modul dan strategi tambahan yang diajar dalam Fast Track Shopee 2023 ni














APA YANG AKAN DIAJAR DALAM KELAS NI DAN APA KELAINAN DENGAN KELAS DULU ?



# SISTEM GAME PRE ORDER / DROPSHIP DI SHOPEE

Saya akan terangkan dengan lebih jelas, macam mana game pre order / dropship dekat shopee ni,

Macam mana cara nak kira supaya anda tak rugi, macam mana nak pusing modal dengan lebih cepat.

Bagaimana saya dan team saya sendiri mampu urus sampai beratus parcel / order sehari walaupun tanpa ada produk sendiri pun.. ye, jual produk orang je





#  BASIC ( ASAS )  SHOPEE

Bagi yang baru nak start, jangan risau, sebab untuk kelas kali ni, memang saya anggap ramai yang zero, jadi untuk modul permulaan, saya ajar bagaimana nak setup akaun store shopee, apa perlu buat,

Walaupun ni benda basic, tapi ada ramai yang ter skip atau ada juga yang 1st nk buat kan.. jadi, saya ada ajar juga :) 

Saya siap sediakan check list lagi nanti apa yang patut dan penting untuk anda buat, sebelum nak berniaga di shopee. Ramai orang yang start nak berniaga di shopee, tapi terlepas part penting ni, samapi ke sudah tak ada sales atau order masuk. Atau rugi sebab ada benda salah setting.


#  SETUP SHOPEE GAYA JERUNG ( TERKINI 2023 )

2023, game dah berbeza, alang-alang nak serius ber Shopee ni, kita setup gaya jerung Shopee. Selain dari kedai kita nampak lebih meyakinkan, dipercayai, nak jual produk mahal pun orang tak teragak-agak nak beli.


#  CARA RESEARCH DAN PILIH PRODUK ( TERKINI 2023 )

Dah siap ada store, saya akan tunjukkan bagaimana cara saya pilih produk, produk apa yang saya jual ( dekat sini bongkar secret saya, sebab anda akan tahu apa saya jual,nak copy jual produk sama pun tak de hal ) , tak nak sama pun boleh.

Cara research dan select produk kali ni sedikit berlainan dari dahulu, tanpa perlu jual banyak produk pun anda masih mampu buat jualan sekiranya produk yang dipilih tu adalah betul-betul tepat.

2023 ni tambahan, saya akan tunjukkan cara research produk viral juga terutama dari platform lain seperti Tiktok dan macam mana nak masukkan dalam Shopee. Ada tools khas yang sangat best nak buat research ni.


Dekat ini part paling  PENTING!  Sebab kita nak jual PRODUK YANG TERBUKTI ADA PERMINTAAN je kan


Bila dah ramai peniaga, dah ramai orang letak barang dekat Shopee, saya mula cari dan tapis produk-produk yang lebih mudah dapat sambutanpotensi demand yg tinggi, dan produk apa yang boleh jual mahal 

(sebab Shopee fees pun makin tinggi, jadi profit pun nak kena sedap sikit dah kan ) 



Bab research memang SANGAT PENTING dan lebih detail supaya anda boleh jual produk yang murah dengan harga mahal, dan bagaimana nak pilih produk yang betul-betul boleh buat duit dan betul-betul ada demand.


#  CARA DAPATKAN PRODUK DAN SUPPLIER 

Dah tahu produk apa nak jual, kita start cari supplier, pembekal, kita cari lokal dulu, sebab kita nak dapat hasil cepat kan. Jadi, mula-mula tak apa, mahal sikit dulu, nanti dah berkembang sikit ( ada formula dia ), baru kita cari di China nak borong ke...




#  EXTRACT, IMPORT DAN EXPORT DATA PANTAS 

Extract tu maksud dia lebih kurang mcm ni, kita nak dapatkan data produk dan masukkan dalam Shopee dengan cara yang pantas. Tak perlu nak masukkan satu-satu ikut step dalam shopee. Kita ada jalan SHORT CUT terus. Sebab tu nama dia  FAST TRACK.

Ada yang jual software extract ni hampir RM400-500, tapi saya tunjuk CARA PERCUMA ... mahu?


#  TOOLS YANG DI GUNAKAN ( TERKINI DAN  ADA TAMBAHAN )

YA, ini lah tools yang saya maksudkan, saya dah habiskan RIBUAN RINGGIT sebab beli software itu ini pasal Shopee sahaja, sampailah saya jumpa yang betul-betul terbaik dan stabil ( buat masa ni saya guna ), ada yang FREE dan ada yang BERBAYAR tp tak mahal mana.

Ada yang digunakan untuk research produk, extract produk, auto boost produk, manage akaun shopee.. dan lain-lain..

sedikit kelainan dalam kelas ni nanti, tools lama yang sebelum ni pakai kita dah tak pakai dan tukar dengan alternative baru yang lagi PAWERRR





 

#  TEKNIK MASUKKAN / LISTING PRODUK DALAM SHOPEE ( TERKINI 2023 )

Nak masukkan produk, bukan main masuk je, ada beberapa tips dan trick dia, baru lah orang senang jumpa produk kita kan. Ni ada ramai orang tak buat. Sebab main masuk je.


Dan paling penting, dalam kelas kali ni, saya tunjukkan macam mana anda nak buat supaya produk anda walaupun mahal, tapi murah berbanding penjual lain di Shopee. 


Saya juga akan tunjukkan cara masukkan keyword yang betul supaya lebih ramai orang jumpa anda punya produk dalam Shopee anda.


Dan kelas kali ni juga saya tunjukkan Cara listing yang dapat tarik trafik dan buat customer BELI / SPEND BANYAK dengan kita tanpa mereka rasa MAHAL..


Cara listing kali ni BERBEZA dimana saya tunjukkan cara dan teknik listing yang dah kami lakukan yang hasilkan jualan 2-3 kali ganda dari sebelum ni. Ni belum pernah kami reveal di kelas -kelas lain



#  KEMBANGKAN BISNES DI SHOPEE 

Macam mana nak lagi laju, sebab tu kita namakan ni fast track, sebab kita nak pecut lagi laju dari orang yang baru bukak Shopee, silap-silap boleh potong orang yang dah berbulan buka Shopee. Dan masa bila yang sesuai untuk kita pecut ni. Jangan awal-awal pecut, takut nanti pancit awal. Kena ambik stamina dulu kan.


#  TRAFIK ( TERKINI )

Beberapa cara dapatkan trafik di shopee dengan cara percuma dan berbayar ( SHOPEE ADS )

Yup dalam kelas ni juga saya tunjukkan cara setting shopee ads cara simple supaya produk anda lebih dapat banyak trafik dan hasilkan jualan.


Tapi walaupun tanpa ads sebenarnya pun boleh buat jualan tinggi tau :) 




Nanti saya terang dalam kelas :) 


#  MARKETING ( TERKINI )


Sambil-sambil kita letak barang nanti, kita akan gunakan teknik-teknik marketing yang berkaitan untuk dapatkan lebih capaian dan insyaAllah JUALAN untuk produk anda. 


Saya akan tunjukkan apakah marketing percuma yang anda  boleh guna dan lakukan sepanjang anda berShopee nanti.



#  AFTER SALES ( TERBARU )

Modul ni saya tak pernah cerita pada kelas-kelas sebelum ni, kalau sebelum ni, kelas semua sampai urus order je, kali ni ada SOMETHING yang bakal saya share pada anda semua


Dalam ni saya cerita TEKNIK HIJACK customer dimana kita boleh dapat untung EXTRA walaupun lepas customer dah beli barang dari kita. 


Ni saya tengok belum ada yang buat, tapi kami dah buat... hehehe 


#  TEKNIK BISNES DI SHOPEE TANPA MODAL ( TERBARU 2023 )

Dekat Shopee, yup, nak jual barang, perlu ada modal sebab konsep dia barang sampai dekat Customer baru duit tu akan release ke kita, jadi kita kena beli dulu, pos, baru dapat duit. 

Tapi kami dah 3 tahun guna satu strategi, yang mana tak gunakan modal dulu, dah dapat duit baru bayar. Ada teknik dan strategi dia, ni saya cerita dalam ni nanti.


#  EXTRA TIPS BERKAITAN

Dalam ni juga saya akan share extra-extra tips berkaitan... yang mana dapat bantu anda nak lancarkan lagi perjalanan bisnes anda di Shopee nanti.. 


Dan mungkin ada ada beberapa benda lain lagi yang saya akan cover dalam kelas ni nanti. Tunggu.


Jadi senang kata, modul kali ni lebih banyak tambahan modul berbanding sebelum ni, dah 2023 kan, so game sedikit berbeza.






APA KATA MEREKA  YANG DAH JOIN KELAS NI  SEBELUM NI  ?














DEKAT MANA KELAS INI AKAN DI ADAKAN DAN BILA?


Kelas ni akan dijalankan secara ONLINE di Telegram


Di telegram saya akan berikan modul, kita boleh discuss dan chat, nak tanya itu ini,

dan saya nak pantau serta bagi task.

Dan ada sesi LIVE juga yang akan saya maklumkan di mana masa dalam group kelas telegram nanti.


Kelas akan bermula pada  7 FEBRUARY 2023 selama lebih kurang 2-3 minggu.

Ada 7 sesi kelas, 2 kali sesi live discussion. 





TAPI SEBELUM TU, APA YANG  DIPERLUKAN KALAU NAK FOLLOW  KELAS ONLINE NI ?


1 – Kena ada laptop.


Handphone bukan tak boleh, tapi nanti anda akan TERLEPAS BANYAK benda. Sebab ada beberapa benda termasuk tools yang digunakan perlu guna laptop, jadi, kalau guna HP sangat susah nak follow kelas ni.

Jadi memang WAJIB kena ada laptop atau PC ye.. 

Serius banyak giler tools best dalam ni..


2 – Komitment MASA.


Kelas akan diadakan secara harian dalam tempoh 2-3 minggu, bukan hari-hari, tapi mungkin ada hari kita akan buat LIVE, ada hari kita akan menghadap Telegram, dan saya akan SELALU bagi TASK sepanjang 2-3 minggu ni. SUPAYA ANDA BUAT.

Saya tak akan bagi terus sekepuk semua modul, anda kena follow setiap hari, dan dari awal, baru boleh pergi ke step seterusnya. Tak siap task, tak boleh masuk kelas hari seterusnya. DAN TASK PERLU DISIAPKAN ON TIME YE :) 

Sehari bagi lah masa dalam sejam ke sejam setengah. SETUJU?


3 - Komitment DUIT.


Pergh... kena ada standby duit ke?

Ya.. ada... satu, duit standby modal. Kena faham satu benda, dalam Shopee, walaupun buat dropship tapi Shopee akan hold duit kita dulu sampai barang sampai ke pelanggan, jadi nak tak nak kita kena dulukan dulu duit kita dahulu untuk belikan barang terlebih dahulu.

Berapa anggaran STANDBY MODAL ni? Saya dulu start dengan RM250 je, lepas tu rolling dari situ je. Jadi anggaran anda boleh standby dalam RM150-RM300.

Eh, tadi dalam modul kata ada strategi tanpa modal. Ya ada! Tapi mungking sesuai mungkin tak untuk anda. So, standby lah juga modal awal ye

Dua, duit extra untuk buat ads kalau nak.

Seperti yang dinyatakan, saya juga akan cover dan ajar berkaitan dengan Shopee Ads ( Iklan berbayar di Shopee ) tapi ni TAK WAJIB anda buat nanti. Kalau rasa nak extra dan dan buat boleh buat, tak ada, tak perlu buat. Biasanya untuk Shopee Ads ni saya starting dengan RM50 je.

Tiga, duit yuran penyertaan kelas ni.

Berapa yuran.. nanti saya bagitahu.





SIAPA YANG  TAK SESUAI JOIN  KELAS NI ?


1 – mereka yang TAK ADA MASA 


Kalau anda jenis memang tak ada masa langsung, tak boleh nak spend sehari at least 1 jam untuk fokus pada bisnes, atau pada nak setup shopee ni, baik jangan join kelas ni..sebab ada benda-benda yang anda perlu spend sedikit masa  terutama nak research produk.. sebab tu paling penting, kita nak jual produk yang betul-betul ada demand kan...


Dan kelas ni pun perlukan masa komitmend dari anda


2 – mereka yang nak KAYA atau DAPAT DUIT BANYAK CEPAT.


Betul, nama je fast track, tapi bukan bermaksud hari ni anda buat, esok boleh terus kaya, even saya sendiri pun tak kaya mana, kalau dah kaya, dah lama saya beli syarikat Shopee. Dan dalam kelas ni diajar secara berperingkat, tetapi InsyaAllah jika anda betul follow dalam tempoh sebulan ni, anda boleh buat jualan lebih cepat berbanding orang lain. 


3 – Sekadar nk join, nak tahu ilmu, atau nak korek rahsia.


Saya tak kisah anda memang dah mahir shopee ke, memang dah buat ratusan ribu sales dekat shopee ke, semua yang join saya akan anggap semua zero, sebab saya akan layan semua dari basic, sebab ada yang join memang dari zero, tak tahu mende bak kata orang ganu. Jadi, saya kena adil buat kelas untuk semua.


Jadi, kalau anda memang dah power, dah ada ilmu, join sekadar nak dapat ilmu extra tapi tak nak buat, saya sarankan jangan join, bagi lah can ke orang lain..




TAPI SAYA KERJA / STUDENT SESUAI KE BUAT SHOPEE NI? TAKUT TAK ADA MASA NAK KENA PACKING POS BARANG NANTI ?


Jangan risau, sebab dalam modul kelas kali ni, saya tunjukkan juga cara SMART WAY dan SMART OUTSOURCING, yang mana anda cuma perlu jaga beberapa bahagian je, dan spend masa lebih kurang sejam-dua sehari pun kalau betul fokus dah memadai.


Fokus pada jaga dan buat benda yang lebih penting untuk dapat dan naikkan sales. Benda-benda lain saya tunjuk cara SMART ye. 





SAYA TAKUT TAK ADA  MASA NAK JOIN KELAS LIVE. BOLEH JOIN KE?


Okay gini... kelas bukan secara live, kita akan berkumpul dalam group telegram, dan ada peringkat kelas. Biasanya saya akan berikan video-video tunjuk ajar dalam group, anda tonton bila anda lapang, dan saya akan berikan masa tempoh 24-72 jam bergantung pada tahap susah / level kelas untuk anda siapkan task.


Tak siap atau lambat hantar task, anda tak dapat pergi ke level kelas seterusnya. Tapi jangan risau, ada masa kecuali anda memang malas giler nak buat task.. tu saya tak dapat tolong... maaf, untuk versi kelas saya memang akan strict.. kelas-kelas lepas pun sama, tak hantar atau lambat hantar, maaf, itu salah anda. Sebab saya berikan masa yang sangat cukup sebenarnya. 










BILA KELAS NI BAKAL BERLANGSUNG?


Kita akan start pada 7 FEBRUARY 2022 ( SELASA )


Untuk kelas ni, pendaftaran pada umum saya belum buka 


Pendaftaran pada umum saya akan buka pada 1hb February ni







BERAPA YURAN  PENDAFTARAN ?


Kalau ikutkan saya sendiri dah habis ribuan ringgit. Dan jika yang tahu dan pernah hadir kelas saya sebelum ini, mereka tahu, biasanya kelas saya harga ratusan ringgit.


Saya juga pernah buat survey, ada yang setuju untuk hadir jika saya kenakan RM500-RM2000 jika saya buat kelas untuk modul ni.


Ada juga beberapa client yang ambil servis personal dengan saya yang bayar sehingga RM2000-RM3000.


Ya, jangan terkejut ada kelas Shopee di luar sana yang mencecah ribuan ringgit walaupun kelas cuma 1-2 hari. 


Ni kita akan bersama dalam 2 minggu tau, silap-silap lebih.


Dan jika diikutkan saya juga perlu berikan komitmen selama 2-3 MINGGU untuk bantu anda selama 2-3 MINGGU ni. Boleh je saya buat seperti produk-produk dahulu, buat dalam bentuk video rakaman, lepas tu jual keseluruhan modul. Tapi saya rasa TAK BEST macam tu sebab dalam ramai yang beli, berapa kerat je yang akan apply.


Salah satu sebab yang saya nampak, ramai yang lost atau tak ada orang PUSH mereka.

Jadi, kali ni saya ubah konsep, SAYA NAK YANG JOIN AT LEAST ADA RESULT. 


Jadi, okay tak kita sama-sama selama 2 minggu ni dan anda cuma perlu bayar yuran komitmen sebanyak tu.


Mungkin anda rasa ianya terlalu tinggi, sebab nak kena standby modal lagi nanti kan..

Jadi untuk kelas kali ni, yuran pendaftaran kali ni cuma RM500 RM170 


YA.. CUMA RM170


Next batch mungkin akan dinaikkan lagi..




" ada yang kata patut letak harga lagi tinggi.. sebab tak nak makin ramai tahu strategy ni... "





KEJAP KEJAP ! RASA MAHAL ?



 

ni yuran lama yang mereka bayar, setiap kali naik batch, harga akan dinaikan, jadi kalau anda terlepas batch ni, next batch, harga mungkin dah cecah RM300 atau lebih


Mungkin ada rasa, wow, tingginya RM170 tu..kelas lain ada je bawah RM100..


Okay, fine, anda boleh pergi kelas lain sebab kelas Fast Track Shopee 2023 ni sangat SPECIAL.. 


KIta ada 7 kali kelas dalam group telegram, boleh discuss dan direct dibimbing oleh saya dan team saya sendiri dalam tu, 

Ada 2 kali sesi LIVE Discussion, yang mana kalau ada benda nak tanya live, boleh tanya masa sesi tu..

Kelas ni bukan ajar Shopee basic je, tapi dari basic sampai advance, termasuk Shopee Ads ( sebelum ni saya pernah buat kelas Shopee Ads sahaja pada RM150 ), ada lagi modul baru..



Tak cukup dengan tu...


10 TERPANTAS yang daftar pada 1 FEBRUARY ni saya akan bagi satu EXTRA modul bonus bernilai RM197





So, amacam


Dapat belajar Shopee, basic sampai Advance, dan tools dan system yang best.. anda cuma bayar RM170?






OH YEAH.. TAK SABAR NAK NAK JOIN KELAS NI.  


Rilex, kelas kita akan start pada Selasa 7 February 2023 nanti. 


Kita buka pendaftaran dulu. Tapi pendaftaran dibuka semula tapi untuk 1 JAM SAHAJA


TAPI PENDAFTARAN ADALAH TERHAD


Pendaftaran dibuka pada :


KHAMIS 2 FEBRUARY 2023


TUTUP JAM 5 PETANG






Untuk kelas secara online selama 2 minggu dan direct dipantau oleh saya dan team sendiri. Bukan sekadar beli panduan, lepas tu peram... Okay tak?



 Nanti dulu..apa kata kalau saya bagi lagi offer pada anda!!


WANG YURAN AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA ANDA TAK DAPAT SEBARANG HASIL


dalam tempoh  3 bulan lepas anda dah join program ni..



Ya, kelas ini tidak menjanjikan bulan bintang planet jutawan nelayan dan juga petani, gaya hidup kini dah berubah, berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya, tapi InsyaAllah saya cuba guide anda dari segi nak buat BISNES DI SHOPEE ni sampai anda jumpa rentak..

Sebab tu boleh berikan jaminan ni.
 

TETAPI BERSYARAT.

SYARATNYA.. anda DAH BUAT SEMUA YANG SAYA AJAR, dan DAH BUAT SEMUA TASK yang saya berikan.. DAH FOLLOW semua tips...

Jika dalam tempoh tu masih tak berhasil, 100% wang dikembalikan.





OKAY SETUJU ?


BAGAIMANA? BERMINAT JOIN KELAS NI?


Daftar sekarang sebelum ditutup jam 5 petang ni.. 


Ya ! Sebab saya akan buka jualan selama 1 Jam sahaja sehingga jam 5 PETANG INI 


KHAMIS 2 FEBRUARY 2023


4-5 PETANG ( 1 JAM SAHAJA )



PENDAFTARAN AKAN TUTUP JAM 5 PETANG NI


 PENTING :  Anda akan dibawa ke  link group telegram sebaik sahaja pendaftaran anda di semak dan disahkan. Jadi pastikan anda ada  Telegram 

  

* AMARAN : KELAS NI AGAK KETAT PERATURAN, SEBAB SETIAP KALI KELAS ADA TASK YANG PERLU DIBUAT JIKA ANDA GAGAL SIAPKAN TASK, ANDA TIDAK DAPAT LANGKAH KE KELAS SETERUSNYA.. SEBAB SAYA NAK ANDA YANG JOIN NI BETUL-BETUL BUAT! NAK RESULT KAN? KENA BUAT LAH!!! 


==================================================================================================


MAAF, PENDAFTARAN TELAH DITUTUP 


takut terlepas kapal lagi sewaktu akses next batch dibuka ?



Anda boleh isi waiting list di bawah utk kami maklumkan anda dengan lebih cepat bila pendaftaran akan dibuka


https://magix.onpay.my/prospect/form/ftsnextbatch